Monthly Archive Februari 2016

Byzam

Cara masukkan baki permulaan GST

Bagi syarikat yang baru menggunakan sistem SQL ini, untuk memasukkan baki permulaan GST adalah seperti berikut.

  1. Buat invoice (past invoice) seperti biasa. Masukkan nilai termasuk amoun GST.

sqlacc-pastinv01

 

2. Setelah simpan dokumen tadi. Sila tekan butang pada keyboard Ctrl , Alt dan G secara serentak untuk menampilkan paparan baki permulaan untuk GST seperti di bawah.

 

3. Masukkan tarikh percukaian yang akan dibuat(semasa). Pilih kod cukai yang sesuai. Serta asingkan amoun cukai dan nilai jualan.

sqlacc-pastinv02

 

4. Langkah ini adalah sama untuk invoice pembekal.

 

Byzam

Perkara yang boleh dikemaskini selepas Hantar GST (GL,Customer&Supplier Module) – SQL Acc

Maklumat bagi modul yang boleh dikemaskini jika menggunakan sistem SQL Accounting version 726 dan ke atas adalah seperti berikut.

sqlAcc-GLafterSubmit

Byzam

Perkara yang boleh dikemaskini selepas Hantar GST (Sales & Purchases Module) – SQL Acc

Maklumat yang boleh dikemaskini jika menggunakan sistem SQL Accounting version 726 dan ke atas.

sqlAccGst-editAfterSubmitGST-salesPurchase

Byzam

Tukar carian kod kepada Nama Item di SQL Accounting

Sistem secara asanya akan membuat carian berdasarkan kod item. Carian akan berada pada tulisan berwarna hitam tebal (bold). Untuk menukar carian kepada nama item sila ikuti langkah berikut;

 

  1. Klik pada butang ‘arrow down’

sqlacc-search00

2.  Tekan butang ‘Tab’ pada ‘keyboard’ .

sqlacc-search01

 

3. Tulisan jenis bold akan berpindah ke ruangan ‘Description’.

sqlacc-search02

 

Langkah ini adalah sama untuk menukar carian;

  • kod GL kepada nama GL
  • kod pelanggan kepada nama pelanggan
  • kod pembekal kepada nama pembekal
Byzam

Kesilapan ‘Bad Debt’

Bagi mengelakkan kesilapan pengiraan ‘Bad Debt’ GST, sila pastikan setiap bayaran pelanggan dan bayaran kepada pembekal di ‘knock off’ / di beri padanan kepada invoice yang berkenaan. Dalam imej di bawah lokasi petak merah adalah cara untuk knock off bil invoice yang berkenaan.

sqlacc-knockOff

Byzam

Cara Import Report Baru sistem SQL

Langkah bagi menambah jenis laporan baru ke dalam sistem SQL

  1. Tools > Report Designer

sql-importReport01

 

2. Klik ikon ‘Import’

sql-importReport02import

 

3. Pilih lokasi report yang baru dan klik ‘Open’

sql-importReport03pilih

 

4. Report yang baru akan kelihatan seperti di bawah.

sql-importReport04

Byzam

Kedai Cha Kuey Teow di Denda RM9000 tak kutip GST, 95sen

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengendali restoran char kuey teow di ibu kota hari ini didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana tidak mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelanggan tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah juga memerintahkan Mali’s Corner Sdn Bhd membayar 95 sen GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mengutip cukai itu dalam satu resit. Syarikat itu membayar denda tersebut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Jamali Saat mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu sebagai syarikat berdaftar di bawah GST didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika membuat pembekalan cukai pada 7 Okt 2015, 12.54 tengah hari, di Mali’s Corner Sdn Bhd, No 9-1, Block C, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak di sini.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 33(2)(a) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Zambri Mohd Isa yang mewakili syarikat itu memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama syarikat itu manakala Pegawai Pendakwa Kastam, Norhalelly Haimid memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang ramai. – Bernama

sumber : SH

Byzam

KWSP : Mengekalkan Caruman 11% (Wajib Hantar Borang KWSP17A)

Pekerja yang ingin mengekalkan kadar caruman syer pekerja asal perlu melengkapkan dan menandatangani Borang KWSP 17A (Khas2016) dan serahkan kepada majikan masing-masing.

Majikan kemudian perlu mengesahkan bahawa borang tersebut telah diisi dengan baik sebelum mengumpul kesemua borang dan hantar kepada cawangan KWSP terdekat.

Jadual Ketiga (Kadar Caruman Bulanan) kini boleh dimuat turun sebagai rujukan majikan dan pekerja.

 

 

Tarikh Kemaskini: 3 Februari 2016 (Web KWSP)

Rujukan : Cara tetapan 8% di SQL Payroll

Byzam

Cetak borang 17A Khas KWSP dari Excel

A. MuatTurun

  1. Software PDF (Foxit PDF Reader) ; nadicom.biz/esoft/PELBAGAI/FoxitReader73.exe
  2. File excel format senarai pekerja dan borang 17A khas 2016 (KWSP) ; nadicom.biz/edoku/KWSP17A_Khas_2016_29012016_SQLPayroll.zip

B. Isi Maklumat

  1. Buka file excel, masukkan maklumat pekerja mengikut ruangan yang disediakan.
  2. Untuk simpan, pergi ke ‘File’ > pilih ‘Save As’.
  3. Ruangan ‘Save as type’ pilih ‘Text (Tab delimited) > klik ‘Save’

sqlpay-kwsp-01saveCsv

 

4. Buka file PDF borang 17A khas

 

5. klik menu ‘Form’ > pilih ‘Import’. Pilih file yang disimpan dalam langkah 3 tadi.

sqlpay-kwsp-02import

 

6. Data akan masuk ke dalam file pdf sebagaimana paparan di bawah.

sqlpay-kwsp-03list