Category Archive Info

Byzam

Kadar KWSP 2018

Kadar Caruman

Kadar caruman berkanun syer pekerja berubah daripada 8% kepada 11% untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun dan daripada 4% kepada 5.5% untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2018.

Kadar caruman bagi pekerja dan majikan yang terkini boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991 (klik untuk muat turun). Majikan dikehendaki membayar caruman syer pekerja berdasarkan jadual ini.

Untuk melihat kadar caruman pekerja dan majikan yang berkuat kuasa sebelum 1 Februari 2018, klik di sini.

Nota:     Perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini (sekurang-kurangnya versi 8.0) diperlukan untuk memastikan fail Jadual Ketiga boleh dipaparkan, dicetak atau dimuat turun.

Tarikh Kemaskini: 20 Disember 2017
Byzam

EIS/SIP – SQL Payroll

Preview tambahan fungsi EIS/SIP dalam SQL Payroll (version 131).

Request upgrade atau bertukar ke

sistem SQL Payroll sekarang.

 

Request upgrade atau bertukar ke

sistem SQL Payroll sekarang.

 

Request upgrade atau bertukar ke

sistem SQL Payroll sekarang.

 

SQL Payroll version 131 (EIS READY) has released TODAY.

NEW highlights:
– Added Employment Insurance System (EIS) calculation.
– Added PCB calculation for year 2018.
– Employee EPF rate revert to 11% effective Jan 2018 payroll.
– Added HRDF rate to company profile. Calculate HRDF report for the month of the year.

 

Byzam

Sistem Insurans Perkerjaan (EIS)

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

1.

Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

2.

Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

3.

Meningkatkan kebolehpekerjaanpencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional

 

LIPUTAN

    1. TAKRIF LIPUTAN
      • Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
      • Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
      • Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
      • Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

 

    1. KADAR CARUMAN
      • Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
      • Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

 

  1. KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN
    • Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
      1. Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
      2. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
      3. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
      4. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
      5. Persaraan orang berinsurans ; atau
      6. Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
    • Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.

 

KADAR CARUMAN

FAEDAH SIP/EIS

Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya

Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

Elaun Latihan (EL)

Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan

Fi/Yuran Latihan (FL)

MMembiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar

Employment Insurance System Partners
       
        
Byzam

Penting!!! Pastikan Backup Setiap Hari Database Sistem.

Pastikan ‘backup’ setiap hari untuk menjamin keselamatan data.

Setakat ini tiada penawar bagi komputer (database) yang dijangkiti Ransomware.

Selain itu faktor ‘Hardisk’ yang telah berusia juga boleh menyebabkan database tidak dapat dibuka.

 

Amaran dari agensi Kerajaan berkaitan Ransomware

 

Byzam

Pelanggan

dsdffsfsdsd

Byzam

Sokongan

Tel : 09 – 719 1081

Emel : nadicomp@yahoo.com.my

Skype :

Download Teamviewer

Cara Install Teamviewer

Waktu Khidmat Sokongan :

  1. Ahad – Khamis ( 9.00 pagi – 6.00 petang )
  2. Sabtu ( 11.00 pagi – 4.00 petang )
Byzam

Peralatan

peralatan pos