Tag Archive sql accounting

Byzam

Cara tambah ID GST dalam Payment Voucher (GL)

  1. Klik ikon menu pada tepi ‘header ‘GL Code’
  2. ‘Tick’ pada ‘Tax Ref.’
  3. ‘Column’ ‘Tax Ref’ akan kelihatan seperti di bawah.

sqlpv-taxref

Byzam

Cara masukkan logo pada SQL Acc

  1. Pastikan logo dalam format jpg/jpeg.
  2. Gunakan menu , ‘File’ > ‘Company Profile’

sql-logo1

3. “Right click’ ‘mouse’ pada ruangan logo dan pilih ‘Load’

4. Pilih direktori di mana imej disimpan dan klik ‘Open’

sql-logo2

5. Setelah selesai sila klik ikon ‘Save’.

sql-logo3

Byzam

Kursus Asas SQL Accounting di Poli KB

Kursus penggunaan SQL Accounting di Politeknik Kota Bharu

Tarikh : 19 & 20 Ogos 2016

Peserta : Pelajar Perakaunan Poli KB

Jumlah peserta : 134 pelajar.

Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu.

Byzam

Muat turun SQL Accounting

Link ‘download’ boleh diperolehi selepas mengisi ‘form’ berikut.

Note: It looks like JavaScript is disabled in your browser. Some elements of this form may require JavaScript to work properly. If you have trouble submitting the form, try enabling JavaScript momentarily and resubmit. JavaScript settings are usually found in Browser Settings or Browser Developer menu.

Byzam

Yayasan Tabung Tok Kenali Menggunakan SQL Accounting

Terima kasih Yayasan Tok Kenali mendapatkan khidmat NADICOM dalam penggunaan sistem perakaunan SQL Accounting.

Proses pembelajaran dan penggunaan telah bermula hari ini.

sqlaccTrain-YTK1

Turut sama meninjau aktiviti khdmat latihan ini ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah Yayasan Tok Kenali.

 

Byzam

Cara Masukkan Nilai Stok – SQL Acc

  1. Buka menu Stock Value ( GL > Maintain Stock Value )
  2. Edit pada stock group yang sedia ada.
  3. Pilih tahun yang dikehendaki.
  4. Masukkan amount mengikut bulan yang dikehendaki seperti contoh paparan di bawah.
  5. Jangan lupa ‘Save’ apabila selesai.

sqlacc-StockValue

Byzam

Cara masukkan baki permulaan GST

Bagi syarikat yang baru menggunakan sistem SQL ini, untuk memasukkan baki permulaan GST adalah seperti berikut.

  1. Buat invoice (past invoice) seperti biasa. Masukkan nilai termasuk amoun GST.

sqlacc-pastinv01

 

2. Setelah simpan dokumen tadi. Sila tekan butang pada keyboard Ctrl , Alt dan G secara serentak untuk menampilkan paparan baki permulaan untuk GST seperti di bawah.

 

3. Masukkan tarikh percukaian yang akan dibuat(semasa). Pilih kod cukai yang sesuai. Serta asingkan amoun cukai dan nilai jualan.

sqlacc-pastinv02

 

4. Langkah ini adalah sama untuk invoice pembekal.

 

Byzam

Perkara yang boleh dikemaskini selepas Hantar GST (GL,Customer&Supplier Module) – SQL Acc

Maklumat bagi modul yang boleh dikemaskini jika menggunakan sistem SQL Accounting version 726 dan ke atas adalah seperti berikut.

sqlAcc-GLafterSubmit

Byzam

Perkara yang boleh dikemaskini selepas Hantar GST (Sales & Purchases Module) – SQL Acc

Maklumat yang boleh dikemaskini jika menggunakan sistem SQL Accounting version 726 dan ke atas.

sqlAccGst-editAfterSubmitGST-salesPurchase

Byzam

Tukar carian kod kepada Nama Item di SQL Accounting

Sistem secara asanya akan membuat carian berdasarkan kod item. Carian akan berada pada tulisan berwarna hitam tebal (bold). Untuk menukar carian kepada nama item sila ikuti langkah berikut;

 

  1. Klik pada butang ‘arrow down’

sqlacc-search00

2.  Tekan butang ‘Tab’ pada ‘keyboard’ .

sqlacc-search01

 

3. Tulisan jenis bold akan berpindah ke ruangan ‘Description’.

sqlacc-search02

 

Langkah ini adalah sama untuk menukar carian;

  • kod GL kepada nama GL
  • kod pelanggan kepada nama pelanggan
  • kod pembekal kepada nama pembekal